mutakhir

Perkasa ekonomi Bumiputera

Kuala Lumpur: Pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan sejajar dengan hasrat kerajaan meningkat pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berucap pada pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) semalam, Najib berkata, pengeluaran itu sebahagian inisiatif bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, bagaimanapun tertakluk kepada syarat penabungan minimum.

Jelasnya, memperkasakan ekonomi Bumiputera akan terus menjadi agenda nasional dengan peratus Bumiputera kepada populasi negara kini pada 68 peratus berbanding 62 peratus, 25 tahun lalu.
- BERNAMA

Disiarkan pada: May 22, 2015 @ 9:33am
d