mutakhir

Aura Ambagus 2015

Kuala Lumpur: Bagi mengeratkan lagi hubungan kakitangan di bawah Kumpulan AmBank, Kelab AmBank Group (KAG) menganjurkan pertandingan mencungkil bakat nyanyian, Ambagus 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, aktiviti memasuki tahun ke-16 itu juga bertujuan mengetengahkan bakat terpendam kakitangan, selain merapatkan hubungan keluarga sesama warga kerja kumpulan syarikat perbankan berkenaan.

“Selain pertandingan nyanyian Ambagus 2015, banyak aktiviti yang kami adakan dengan matlamat meraikan kakitangan, selain berhibur. Sekurang-kurangnya mereka dapat mencungkil bakat dan melupakan seketika kesibukan kerja,” katanya pada majlis berkenaan, semalam.

Sementara itu, Presiden KAG Syed Anuar Syed Ali berkata, AmBagus 2015 menerima 106 penyertaan, namun hanya 16 peserta termasuk empat penyertaan duet layak ke peringkat akhir, semalam.

“Johan akan merangkul trofi serta wang tunai RM5,000 manakala naib johan, tempat ketiga, empat dan lima bakal membawa pulang RM4,000, RM3,000, RM2,000 dan RM1,000,” katanya.

Disiarkan pada: May 25, 2015 @ 8:37am
d