mutakhir

Tamu Maharaja Jepun

Tokyo: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace di sini, semalam.

Najib dan isteri tiba di Imperial Palace jam 10.15 waktu tempatan (9.15 waktu Malaysia) dan disambut ketua istiadat Imperial Palace Yoshitaka Akimoto.

Mereka diiringi Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.

Perdana Menteri dan isteri kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe.

Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 pemimpin industri. Beliau dijangka mempelawa ahli perniagaan Jepun untuk terus melabur di Malaysia dan mengambil peluang daripada persekitaran ekonomi negara yang pelbagai dan kondusif untuk mengembangkan perniagaan. - BERNAMA

Disiarkan pada: May 26, 2015 @ 10:36am
d