mutakhir

Nelayan jumpa satu lagi mayat

Johor Bahru: Mayat seorang lagi kru kapal yang terbalik dan karam di perairan Pengerang, Kota Tinggi pada 20 Mei lalu ditemui oleh nelayan tempatan jam 12 tengah hari kelmarin di kedudukan dua batu nautika berhampiran Pulau Pemanggil Mersing.

Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi sembilan lagi mangsa kapal itu ditamatkan selepas perbincangan teliti bersama anggota SAR disertai Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengarah Operasi Daerah Maritim (APMM) 7 Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, mayat terakhir hanyut 65 batu nautika dari lokasi kapal terbalik dan dibawa ke jeti Mersing sebelum disahkan kru kapal, semalam.

“Operasi SAR bagi mengesan baki sembilan mangsa kapal Ocean Line 208 ditamatkan selepas perbincangan dengan semua agensi terbabit,” katanya.

Disiarkan pada: May 27, 2015 @ 10:11am
d