mutakhir

Anugerah Rekabentuk Datuk Bandar

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Rekabentuk Datuk Bandar Kuala Lumpur 2015 merangkumi seni bina, kejuruteraan, landskap, perancangan dan rekabentuk dalaman.

Datuk bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada pembangunan yang memiliki reka bentuk unik yang melonjakkan imej Kuala Lumpur di peringkat nasional serta antarabangsa.

“Ia tidak dibuka kepada semua sebaliknya kepada badan profesional seperti Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (MIID) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

“Setiap badan profesional ini dipohon untuk mencalonkan lima hingga 10 projek pembangunan yang layak berdasarkan kategori disenaraikan,” katanya pada sidang media di Menara DBKL di sini, semalam.

Disiarkan pada: May 28, 2015 @ 9:59am
d