mutakhir

Operasi dijangka selesai 8 Jun

Padang Besar: Operasi penggalian semula 139 kubur pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, di sini, dijangka dapat diselesaikan pada minggu pertama bulan depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya berharap agar operasi itu dapat ditamatkan selewat-lewatnya pada 8 Jun depan.

“Buat masa sekarang ini, kita harus menyelesaikannya dengan teliti dan berhati-hati dan jika diperlukan akan meminta bantuan pelbagai pihak termasuk bomba,” katanya.

Katanya, masyarakat perlu memahami lokasi operasi itu adalah hutan simpan dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan penerokaan semata-mata untuk menjadikan tempat pendaratan helikopter.

Disiarkan pada: May 29, 2015 @ 10:01am
d