mutakhir

Kampung unik di hujung Borneo

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Sematan: Kedudukannya sebagai penempatan penduduk terakhir di penghujung barat Kepulauan Borneo, menjadikan Kampung Telok Melano cukup unik.

Perkampungan Melayu nelayan yang dihuni kira-kira 250 penduduk itu terletak di kawasan penghujung ‘tip’ Borneo, tempat pertemuan dua arus laut dari Indonesia dan Sarawak serta dua kilometer dari sempadan Indonesia.

Ketua Kampung Mohamd Pani berkata, satu-satunya cara ke kampung yang terletak 150 kilometer dari bandar raya Kuching itu ialah dengan meredah laut, sejam menaiki bot dari Sematan.

Bagaimanapun, ketika musim tengkujuh antara Oktober hingga Februari, perkampungan berkenaan terputus hubungan dengan dunia luar kerana tiada pemandu bot yang berani menongkah arus deras serta ombak ganas Laut China Selatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 30, 2015 @ 5:19am
d