mutakhir

RM1,000 untuk buka gerai

Oleh Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Impian pasangan suami isteri ini untuk membuka gerai musnah selepas wang simpanan hasil jualan surah Yasin mereka dirompak, setahun lalu.

Bagaimanapun, selepas cerita mereka yang sanggup berlapar tiga hari semata-mata untuk memberi 27 kucing mereka makan dipaparkan akhbar ini Sabtu lalu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) tampil membantu untuk menyumbangkan barangan perniagaan berjumlah RM1,000.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, selepas membaca kisah kegigihan Kassim Samat, 57, dan isteri Rodziah Mohd Zaid, 55, menjual surah Yasin ke kedai di sekitar Danau Kota, dekat sini, pihaknya rasa terpanggil untuk merealisasikan impian pasangan berkenaan untuk berniaga.

“IKHLAS akan bantu menyumbangkan peralatan perniagaan dan modal permulaan untuk mereka.

“Kami juga turut melawat tempat bakal didirikan gerai berkenaan dan mendapati lokasinya strategik,” katanya ketika ditemui selepas melawat kediaman pasangan suami isteri itu di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 1, 2015 @ 8:14am
d