mutakhir

Permintaan melampau

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Cadangan Indonesia menaikkan gaji pembantu rumah daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan dianggap tidak munasabah dan terlalu mendadak selain tidak sepadan kualiti perkhidmatan diberikan.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, pihaknya membantah cadangan kenaikan gaji itu kerana tidak berbaloi dengan kualiti kerja diberikan pembantu rumah dari negara berkenaan.

“Kualiti dan kemahiran pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia masih rendah dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan pekerja yang dihantar ke negara lain seperti Arab Saudi, Jepun atau Hong Kong.

“Kebanyakan pembantu rumah yang dihantar ke negara ini tidak mempunyai kemahiran asas dan gaji sekarang iaitu antara RM500 hingga RM800 sudah mencukupi untuk mereka.

“Ia gaji bersih kerana semua kemudahan termasuk bil perubatan disediakan pihak majikan selain kos sara hidup di negara ini juga lebih rendah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan republik itu mengemukakan cadangan berkenaan kerana terdapat rungutan sebelum ini mengenai gaji yang dikatakan tidak kompetitif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 1, 2015 @ 8:19am
d