mutakhir

Teman serumah 'jamah' kekasih

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman

Sungai Petani: Tindakan seorang wanita bertemu dengan bomoh yang juga teman serumah kekasihnya untuk melakukan rawatan membuang sihir mengundang padah apabila mendakwa dicabul selepas diberikan minuman khayal.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa terkena sihir sebelum dibawa teman lelakinya berusia 20-an berjumpa dengan lelaki berusia 40-an itu yang konon mampu merawat penyakitnya di kediaman kekasihnya di Sungai Layar.

Menurut sumber, ketika sesi rawatan, suspek menyediakan dua bekas ubat yang kononnya perlu diminum mangsa.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian terus mengambil ubat itu sebelum dia diajak masuk ke dalam tandas kononnya untuk upacara buang sihir.

“Mangsa yang mendakwa dalam keadaan khayal selepas meminum minuman berkenaan hanya akur dan mengikut suspek ke dalam tandas sebelum diraba seluruh badan dan kemaluan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 3, 2015 @ 8:04am
d