mutakhir

Gigih lawan sakit

Oleh Ihsan Noorzali

Tanjung Malim: Kesakitan dialami sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, tidak menjadi penghalang kepada graduan ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Chong Chiou Mey, 41, untuk meneruskan pengajian hingga berjaya menggenggam segulung ijazah.

Menurutnya, dia mengalami kecederaan serius pada tulang belakang ketika berada dalam semester akhir menyebabkannya terpaksa menggunakan kerusi roda setiap waktu untuk bergerak dalam kawasan kampus.

Ketika ditemui sebaik selesai sesi pertama Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-17, Chong melahirkan rasa bangga dan terharu kerana berbekalkan ketabahan, dia mampu mengharungi pengajian selama empat tahun itu.

Dia yang ditemani suami, Teo Boon Huwa, 43, antara graduan yang menerima ijazah pada sesi pertama Istiadat Konvokesyen di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, yang disampaikan Canselor UPSI Tuanku Zara Salim, semalam.

“Sepanjang tempoh pengajian, saya menjalani tiga kali pembedahan, sekali gus mengganggu sesi pengajian semester berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 3, 2015 @ 8:40am
d