mutakhir

Kongsi laluan haiwan

Laluan berdebu dalam kembara menuju ke Everest Base Camp (EBC) sememangnya satu kebiasaan. Penulis merasai sendiri seksaan itu apabila debu yang ditiup angin menusuk lubang hidung, sekali gus menyebabkan kesukaran bernafas apatah lagi oksigen sememangnya nipis di kawasan beraltitud tinggi.

Apapun, situasi ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia berlaku sepanjang perjalanan penulis dari Namche Bazaar ke Tyangboche iaitu destinasi persinggahan ketiga sebelum ke EBC.

Untuk ke lokasi berkenaan yang mempunyai ketinggian 4,360 meter, pendaki perlu melalui permatang yang panjang serta memberi pengalaman menarik apabila mampu melihat beberapa puncak gunung dengan jelas antaranya Amadabam, Thaserkhu, Ksuemkharka, Loses dan Everest.

Sepanjang perjalanan ini dengan suhu sekitar 19 darjah Celsius, penulis juga melalui dua kampung, Lowsasa dan Phunki Tanga yang turut rosak akibat gempa bumi yang melanda Nepal, 25 April lalu.

Sememangnya untuk tiba ke Tyangboche bukan mudah apabila penulis perlu mendaki laluan yang jauh sekitar satu jam setengah selepas Phunki Tanga.

Malah, perlu berkongsi laluan pendakian yang sempit dengan haiwan ternakan jhopek iaitu binatang kacukan lembu dan yak yang mengangkat pelbagai barang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 3, 2015 @ 9:00am
d