mutakhir

8 penjenayah ditahan polis

Kuala Selangor: Sekumpulan lapan penjenayah ditahan polis selepas hampir sembilan bulan bermaharajalela melakukan kegiatan curi kereta dan pecah masuk bangunan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan enam kes jenayah dilakukan suspek berusia 24 dan 45 tahun itu.

Menurutnya, polis berjaya menemui barang kes seperti komputer riba, set barang kemas, mesin pencetak dan sebuah kereta milik suspek.

“Berdasarkan siasatan, penjenayah pernah memecah masuk bangunan agensi kerajaan, sekolah dan mencuri dua kenderaan sebelum ini.

“Siasatan turut mendapati semua suspek positif syabu dan heroin manakala enam daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kes dadah dan pecah rumah,” katanya.

Katanya, kes pecah masuk bangunan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) manakala kes curi kereta di mengikut Seksyen 379A KK.

Disiarkan pada: June 4, 2015 @ 6:36am
d