mutakhir

15 dijangkiti kencing tikus

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Abnor Hamizam Abd Manap

Seremban: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Jaafar, Ampangan, di sini, disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis selepas mengikuti perkhemahan di Kem Berhulu, Hutan Lipur Serting Ulu, Jempol pada 8 Mei lalu.

Difahamkan, mereka antara 50 pelajar sekolah berkenaan mengikuti perkhemahan itu selama dua hari.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pelajar terbabit mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit otot dan batuk sebelum dirujuk ke klinik kesihatan pada 14 Mei hingga Jumaat lalu.

“Sebanyak 14 kes menunjukkan gejala sama dan dibenarkan pulang. Namun, seorang pelajar tingkatan lima dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada 25 Mei lalu kerana mengalami komplikasi dan kegagalan organ utama dipercayai jangkitan Leptospirosis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2015 @ 10:46am
d