mutakhir

Tali selamat nyawa

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Bintulu: “Dalam fikiran saya ketika itu hanya mati, tetapi nasib baik saya sempat mencapai tali tongkang dan berusaha naik ke permukaan untuk menyelamatkan diri,” kata Johnie Ganeng, 31, ketika menceritakan detik cemas apabila perahu yang dinaiki lapan ahli keluarganya karam di Sungai Kemena, di sini, kelmarin.

Dalam tragedi jam 2.30 petang itu, enam ahli keluarganya iaitu Jaba Lembang, 63, (nenek), Ganeng Mat, 57, (bapa), Ensunai Anjan, 45, (ibu), Diana Embuas, 13, (anak saudara), Audreyna Liz Lakin, 10, (anak saudara) dan Stanley Steve, 9, (anak) ditemui lemas, manakala seorang lagi adiknya Liong Ganeng, sembilan tahun masih belum ditemui.

Menurut Johnie, dia sudah hampir lemas apabila perahu panjang yang dinaiki lapan sekeluarga itu terlanggar tongkang dan mereka tenggelam di bawahnya.

Katanya, dia bernasib baik kerana sempat mencapai satu tali yang terjuntai pada tongkang dan cuba menyelamatkan diri.

“Saya terus mencari ahli keluarga yang lain, tetapi mereka tidak muncul dan saya terkilan tidak sempat menyelamatkan mereka. Masih terngiang-ngiang di telinga jeritan mereka sebaik perahu dipukul ombak besar dan tenggelam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2015 @ 10:48am
d