mutakhir

Bomoh raba depan emak

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Subang Jaya : Baca ayat al-Quran sambil meraba tubuh pesakit wanita. Itu antara kaedah rawatan pelik dilakukan seorang pemuda yang mendakwa mengamalkan perubatan Islam.

Suspek berusia 24 tahun itu bagaimanapun diberkas polis selepas seorang mangsa membuat laporan mendakwa dicabul suspek di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek ditahan selepas mencabul seorang eksekutif wanita berusia awal 20-an yang didakwa menghadapi ‘gangguan’ makhluk halus.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 11 pagi, 23 Mei lalu, apabila ibu mangsa bersama rakannya menjemput lelaki terbabit yang tinggal di Petaling Jaya ke rumahnya di sini.

“Suspek mendakwa mempunyai kemahiran mengubati pesakit sejak dia berusia 17 tahun lagi.

“Selepas menyediakan barang diperlukan, suspek menyuruh mangsa berbaring sebelum memulakan kaedah perubatan yang didakwa dipelajari daripada pakciknya,” katanya.

Pada mulanya lelaki terbabit melakukan proses rawatan dengan membaca ayat al-Quran. Namun, mangsa dan ibunya mula pelik apabila dia melakukan perbuatan tidak senonoh dengan meraba payudara dan kemaluan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 5, 2015 @ 6:33am
d