mutakhir

Jangan persoal!

Oleh Hairulazim Mahmud dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Selangor: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mempersoalkan dasar Islam parti itu.

Beliau turut menegaskan bahawa PAS juga tidak pernah mencampuri urusan dalaman termasuk mahu menentukan kepemimpinan parti masing-masing.

“Seperti PAS dengan Islam, kita tidak pernah menyentuh ideologi parti lain dalam pakatan. Kita tidak pernah sentuh sosialisme yang dianut DAP, tak sentuh fahaman yang dianut oleh parti lain sepatutnya mereka tidak menyentuh apa-apa yang berkaitan ideologi kita.

“Kita juga tidak pernah mencampuri siapa yang patut atau tidak patut berada dalam kepemimpinan parti masing-masing, walau kita diserang siang dan malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar bertajuk ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 5, 2015 @ 8:55am
d