mutakhir

Warga Mauritius cedera terkena kipas bot

Seorang lelaki warga Mauritius parah di lutut dan kaki kanan akibat terkena kipas sebuah bot dalam kejadian di Pulau Perhentian Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, 21, dikejarkan ke Hospital Besut (HB) sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, seorang penuntut sebuah universiti di Selangor bersama 16 lagi pelancong dalam perjalanan untuk aktiviti snorkeling.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa mahu terjun, tetapi cuba ditegah pemandu bot berusia 33 tahun kerana enjin masih hidup.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit tidak sempat menahan mangsa terjun menyebabkan dia terkena kipas bot sebelum diselamatkan dan Klinik Pulau Perhentian untuk rawatan,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2015 @ 6:40am
d