mutakhir

SMART, STORM sertai SAR

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah menggerakkan unit khas bomba iaitu SMART dari Kuala Lumpur dan STORM dari Labuan untuk bersama misi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Sabah.

Pasukan bantuan itu ditugaskan membantu pasukan SAR sedia ada termasuk bomba yang sudah digerakkan seawal jam 7.40 pagi selepas gempa bumi berlaku jam 7.15 pagi, semalam.

Penolong Pesuruhjaya Bomba Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM, Jamil Saadun berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah turut diaktifkan serta-merta dengan pembabitan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan agensi berkaitan.

“Satu lagi unit udara bomba juga akan digerakkan untuk membantu operasi dan dijangka tiba di lokasi SAR pagi esok (ini).

“Misi SAR tertumpu kepada pelancong termasuk pendaki dan petugas Taman Negara Kinabalu untuk membawa mangsa turun ke tempat selamat,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2015 @ 10:07am
d