mutakhir

Dua rakan dirempuh pacuan empat roda ketika tunggu bas

Dua pelajar maut dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika berbual bersama rakannya di hentian menunggu bas di Kilometer 10 Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kubang Batang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Mohammad Azmi Mat Daud, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakannya Muhammad Azeri Fahmi Mustapa, 23, penuntut di Institut Latihan Perindustrian Terengganu yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Disiarkan pada: June 8, 2015 @ 5:51am
d