mutakhir

Kelas tahfiz didik banduan di penjara

Jabatan Penjara Malaysia berhasrat mewujudkan kelas tahfiz sebagai pemulihan jiwa dan rohani kepada banduan beragama Islam di semua institusi penjara di seluruh negara menjelang 2020 supaya mereka tidak mengulangi perbuatan jenayah selepas dibebaskan nanti.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Jamaluddin Saad berkata, sehingga kini terdapat dua penjara yang mewujudkan kelas berkenaan iaitu Penjara Kluang, Johor dan Penjara Pokok Sena, di sini.

Beliau berkata, sebagai langkah awal pihaknya mahu mewujudkan dua lagi kelas berkenaan di Penjara Bentong, Pahang dan Penjara Marang, Terengganu selain dua yang sedia ada di Johor dan Kedah menjelang hujung tahun ini.

Disiarkan pada: June 8, 2015 @ 6:20am
d