mutakhir

Juruteknik kena jel 8 tahun, 10 sebatan miliki dadah

Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, semalam selepas didapati bersalah memiliki dadah, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Firuz Jaffril menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faiz Salleh, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapannya.

Mengikut tuduhan pilihan, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 299.45 gram di sebuah rumah di Taman Desa Cheng Perdana 1, Cheng, kira-kira jam 12.30 tengah hari, 24 Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan minimum 10 sebatan.

Disiarkan pada: June 9, 2015 @ 8:52am
d