mutakhir

Anwar fail mohon Ramli beri keterangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung sabitan kes liwatnya.

Permohonan itu difailkan melalui peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam.

Berdasarkan notis usul itu, Anwar mendakwa keterangan lisan Ramli untuk digunakan bagi permohonan semakan kehakiman dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya.

Pada 30 April lalu, Anwar memfailkan permohonan supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Disiarkan pada: June 11, 2015 @ 10:20am
d