mutakhir

JKM hulur bantuan

Johor Bahru: Gadis berusia 23 tahun yang menjadi mangsa penderaan kakak dan abang ipar akan diberi perlindungan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dijangka dibenarkan pulang minggu ini.

Beliau berkata, gadis terbabit bagaimanapun tidak mempunyai tempat tinggal sesuai walaupun ibu tiri dan bapa kandungnya tinggal di Taman Universiti, di sini.

Akhbar ini kelmarin melaporkan kisah malang gadis terbabit yang menjadi mangsa penderaan kakak dan abang iparnya sejak empat tahun lalu.

Disiarkan pada: June 15, 2015 @ 7:53am
d