mutakhir

IMB sah terima laporan

Kuala Lumpur: Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang berpangkalan di sini, hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Khamis lalu.

Menurut ketua pusat itu, Noel Choong, kapal MT ORKIM HARMONY membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

“Kami menerima laporan pada Jumaat apabila syarikat kapal berkenaan membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mereka terputus hubungan dengan kapal tangki itu,” katanya. — BERNAMA

Disiarkan pada: June 15, 2015 @ 8:36am
d