mutakhir

Cabaran hebat di tengah laut

Johor Bahru: Meskipun kerjaya berkenaan menjanjikan pendapatan lumayan, namun tidak ramai yang memiliki lesen sanggup berdepan risiko bakal dihadapi.

Bagi Afidil Hairil Suhami, 29, melihat kepada nilai ringgit yang dibawa bagi setiap kerja dilakukan menyebabkan ada golongan profesional mengambil jalan mudah dengan menukar kerjaya.

“Bagaimanapun, ramai yang terkandas gara-gara tidak minat dan memilih kerjaya itu semata-mata mahukan gaji lumayan,” katanya.

Menurutnya, mungkin realitinya gaji dalam bidang ini lumayan, tetapi risiko kerja yang bakal dihadapi menyebabkan ada ditolak pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan cara kerja serta tahap profesionalisme rendah.

Pernah ditugaskan di Vietnam dan Thailand, Afidil Hairil berkata, kerja kimpalan di dasar laut tidak seperti di permukaan kerana cara pengendaliannya berbeza.

“Aliran elektrik juga tidak sama dan ia bertentangan antara cas positif dan negatif tidak seperti di darat.

“Kami juga terdedah dengan renjatan elektrik setiap kali memulakan kerja kimpalan iaitu pada kadar 12 voltan yang menyamai gigitan semut,” katanya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.

Katanya, seseorang pengimpal dasar laut perlu mempunyai keberanian tinggi serta sanggup menghadapi cabaran hebat di tengah laut.

Disiarkan pada: June 16, 2015 @ 9:16am
d