mutakhir

JAWI gempur disko

Kuala Lumpur: Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak menggempur sebuah disko terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, sebelum menahan 95 ‘kaki goyang’ beragama Islam.

Dalam operasi jam 10 malam kelmarin, 95 individu terbabit didapati dalam keadaan khayal sambil berjoget diiringi muzik kuat.

Maksiat dilakukan itu bagaimanapun terbantut apabila semua mereka diberkas anggota penguat kuasa Jawi yang terlebih dahulu melakukan risikan di premis berkenaan.

Lebih memeranjatkan apabila semua individu ditahan berusia 18 hingga 35 tahun itu memberi pelbagai alasan tidak munasabah ketika ditahan kerana meminum arak.

Ketua Penguatkuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, operasi terbabit dijalankan bagi mencegah individu beragama Islam melakukan perkara mungkar dan tidak bermoral apatah lagi ketika Ramadan bakal tiba.

Disiarkan pada: June 17, 2015 @ 10:03am
d