mutakhir

Taktik curi, gadai

Kuala Lumpur: Curi jam tangan mewah dan barang kemas sebelum dijual di kedai pajak gadai. Itu antara taktik jenayah digunakan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun untuk mendapat wang mudah.

Suspek dikesan bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Taman Setiawangsa di sini, selain menjadikan kawasan hutan di Batu 11, Jalan Gombak, di sini sebagai ‘sarang’ persembunyian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata, suspek yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan menyorok di lokasi berkenaan selepas memecah masuk rumah seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jumaat lalu.

Katanya, mangsa berusia 56 tahun kehilangan tiga bentuk cincin emas, jam tangan berjenama Rolex dan wang RM8,000.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Jalan Tun Razak menyerbu lokasi persembunyian suspek kira-kira jam 2.15 petang kelmarin,” katanya.

Disiarkan pada: June 18, 2015 @ 8:28am
d