mutakhir

2 hari putus makanan

Oleh Nor Raidah Awang

Bagan Serai: Seorang bapa memohon bantuan orang ramai untuk membantu meringankan beban keluarga selepas dia kehilangan kedua-dua kaki akibat jangkitan kuman dan kencing manis dua tahun lalu.

Muhamad Sayd Ali, 56, berkata, dia hampir hilang keyakinan dan terpaksa mengambil masa lama untuk memulihkan semangat.

Menurutnya, dia demam sehingga menyebabkan kakinya membengkak dan bernanah sebelum dinasihatkan doktor supaya dipotong.

“Dulu saya menyara isteri dan tiga anak melalui upah menaip surat dengan purata pendapatan RM20 sehari.

“Kini, saya seratus peratus bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan serta bantuan sewa rumah Baitulmal sebanyak RM200. Duit bantuan itu cukup sekadar untuk menampung membeli lampin pakai buang serta keperluan rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Matang Buloh, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 22, 2015 @ 8:09am
d