mutakhir

'Inovasi' motor curi

Oleh Shamsudin Husin

Chukai: Rahsia sekumpulan mat rempit ‘mencipta’ motosikal lumba menggunakan komponen motosikal curi terbongkar selepas sebuah bengkel motosikal haram di Kampung Pengkalan Cicar, di sini, diserbu polis, awal pagi, kelmarin.

Serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kemaman jam 2 pagi itu membawa kepada rampasan dua motosikal dan puluhan komponen yang dilerai daripada 15 motosikal pelbagai jenis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din berkata, susulan itu, polis menangkap lapan suspek lelaki berumur antara 19 dan 34 tahun.

“Mulanya kami menangkap seorang lelaki di Jalan Air Putih di mana polis merampas sebuah motosikal dan komponen motosikal dipercayai dicuri.

“Hasil siasatan membawa kepada penangkapan tujuh lagi lelaki di Kampung Pengkalan Cicar dan polis berjaya temui tempat mereka menyimpan motosikal dan komponen motosikal. Satu daripada motosikal itu diubah suai menjadi motosikal lumba,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 23, 2015 @ 8:13am
d