mutakhir

Geng Vespa 'Syukur Selalu'

Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Sekumpulan penunggang Vespa menyerbu Balai Berita NSTP, Bangsar, semalam untuk meraikan kira-kira 200 kakitangannya dengan mengagihkan set iftar istimewa terdiri daripada tiga kambing panggang sempena jelajah kempen Syukur Selalu anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang dilancarkan minggu lalu.

Penunggang Vespa yang juga Skuad Syukur Selalu menjadikan NSTP sebagai lokasi pertama persinggahan semalam khusus untuk meraikan warga media sempena Ramadan sebelum bergerak ke lokasi kedua iaitu pejabat Karangkraf di Shah Alam selain ke pejabat Utusan Malaysia dan Utusan Karya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima, Ahmad Izham Omar berkat, Skuad Syukur Selalu juga akan mengadakan beberapa aktiviti di lokasi kunjungan yang disertai barisan artis yang membintangi rancangan TV3 dan TV9.

Katanya, mereka juga akan ke 11 bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang sejak Sabtu lalu untuk memeriahkan suasana serta memberi peluang kepada pengunjung untuk beramah mesra dengan artis terbabit.

“Selain berkunjung ke 11 bazar Ramadan, TV3 dan TV9 juga bakal menganjurkan sendiri dua Bazar Syukur Selalu pada 27 Jun ini di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang dan 4 Julai di Tempat Letak Kereta A, Angsana Johor Bahru Mall,” katanya.

Disiarkan pada: June 24, 2015 @ 8:37am
d