mutakhir

Sahur terus berlalu

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Petaling Jaya: “Kami tidak sangka dia ‘pergi’ sebaik kami cuba mengejutkannya untuk bangun sahur pagi tadi (semalam),” kata penuntut Kolej Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, berhubung kejadian kematian mengejut rakan sebiliknya dikenali sebagai Aini Sofia, 18.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, semalam, mangsa penuntut jurusan asasi undang-undang ditemui lima rakan kolej kediamannya tidak sedarkan diri di asrama kolej di Jalan Universiti, di sini.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Izzah berkata, Aini sebelum itu ada memberitahu mahu bersahur dan meminta rakan-rakan mengejutkannya bangun bersahur jam 5 pagi.

“Bagaimanapun dia sudah tidak sedarkan diri ketika kami memegang tubuhnya. Kami segera memaklumkan perkara itu kepada penyelia asrama sebelum mereka menghubungi hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Izzah mendakwa sebelum kejadian, rakannya itu tidak menunjukkan sebarang tanda kemerosotan kesihatan mahupun perubahan pelik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 24, 2015 @ 8:48am
d