mutakhir

Dukung nenek lumpuh

Oleh Mohd Hilmi Mahmud

Balik Pulau: Dua beradik nekad merempuh ke dalam bilik yang terbakar bagi menyelamatkan nenek mereka yang lumpuh dalam kebakaran di Kampung Baru, Sungai Ara di sini, semalam.

Abu Hassan Al Hafiz Samsuri, 22, berkata, ketika kejadian, dia dan adiknya Ahmad Musthofa, 21, leka menonton televisyen di ruang tamu.

“Saya dan adik menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari rumah sebelah.

“Saya berlari keluar dan melihat api marak di rumah sebelah sebelum merebak ke rumah kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas melihat api merebak ke rumahnya, dia menjerit meminta tolong adiknya mendukung nenek mereka yang berada dalam bilik di tingkat bawah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 24, 2015 @ 9:13am
d