mutakhir

Syakir dibedah lagi hari ini

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akan membuat satu lagi pembedahan terhadap kanak-kanak yang terkena mercun hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Surgical HTAR Dr Rozita Mohamed berkata, pembedahan itu antara tindakan susulan untuk memantau tahap kecederaan di tangan kiri Mohd Azman Syakir Mohd Saizi, 4.

“Pesakit masih lagi dirawat di wad kanak-kanak hospital ini. Semalam (kelmarin) kami menjalankan pembedahan pertama memastikan kecederaan parah di tangan kirinya tidak menjadi serius.

“Pembedahan kedua dijalankan esok (hari ini) bertujuan memantau keadaan anggota badan berkenaan memandangkan kami belum pasti tahap kecederaannya selain mengetahui tahap peluang untuk sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk mangsa kepada pakar rehabilitasi untuk rawatan susulan, selain membantu memulihkan pesakit dari segi emosi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 25, 2015 @ 8:20am
d