mutakhir

Sungai kecil penentu nasib

Oleh Tuan Asri Tuan Hussein dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ia cuma sebatang alur sungai yang memisahkan antara kawasan kem dan kampung di Arakan, alur dengan lebar kira-kira 10 meter itulah ‘terminal keluar’ puluhan ribu pelarian Rohingya yang kebanyakannya menuju Malaysia.

Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Timur Johan Ariff Ismail berkesempatan melihat sendiri ‘terminal keluar’ itu ketika kunjungannya ke wilayah Arakan, Myanmar selama enam hari berakhir 16 Jun lalu.

Johan Ariff berkata, sungai kecil itu terletak hanya beberapa kilometer dari kem pelarian menempatkan lebih 150,000 pelarian Rohingya yang dikunjuginya untuk menyampaikan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

“Bagi kebanyakan penduduk Rohingya di sekitar Arakan, sungai kecil itu mungkin mereka anggap pintu keluar untuk mereka mencari ‘syurga’ atau kehidupan yang lebih baik, jauh dari kampung halaman mereka.

“Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari sungai kecil itu juga boleh menjadi pintu untuk ke neraka kerana seperti yang kita sedia maklum, ratusan atau mungkin ribuan pelarian Rohingya akhirnya menemui ajal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 25, 2015 @ 9:56am
d