mutakhir

POKB tanggung kos perubatan

Kota Bharu: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) akan menjadikan kanak-kanak perempuan lima tahun yang dipercayai didera ibu tirinya sebagai anak angkat persatuan itu.

Berikutan itu, semua kos perubatan dan bantuan lain bersesuaian ditanggung POKB sehingga kanak-kanak itu pulih seperti sedia kala.

Wakil Presiden POKB, Mohamed Afandi Hassan berkata, pihaknya prihatin dengan kesengsaraan dialami mangsa yang sepatutnya dilindungi sebaik mungkin.

Beliau berkata, Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad turut menyatakan komitmen untuk membantu mangsa menerusi Tabung Kesejahteraan Orang Kota Bharu.

“Berikutan simpati dan mengenang kesengsaraan dialami kanak-kanak itu, kami mengambil keputusan untuk jadikan dia angkat angkat POKB sebagai tanda simpati.

“Saya mewakili Presiden ditugaskan menyampaikan hasrat itu kepada ibu kandung mangsa, selain menyerahkan sumbangan awal,” katanya ketika ditemui di pekarangan HRPZII di sini, semalam.

Disiarkan pada: June 30, 2015 @ 11:09am
d