mutakhir

Juruwang lompat tingkap hotel

Temerloh: Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terjun dari tingkat enam sebuah hotel di sini, kelmarin.

Mangsa, Yeong Hing Ing, 72, dari Sungai Rabit di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian disedari kakitangan hotel yang mendengar bunyi kuat sebelum melihat seorang lelaki berada di tepi bangunan dalam keadaan tertiarap dan tidak tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat refleksologi di sini, dipercayai terjun menerusi tingkap sebuah bilik di tingkat enam hotel itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian.

“Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya yang menetap di Singapura selain memberitahu anak lelaki mangsa yang berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Disiarkan pada: June 30, 2015 @ 11:19am
d