mutakhir

4 remaja pecah masuk bangunan

Ampang: Empat remaja lelaki termasuk dua yang berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan memecah masuk bangunan Galaxy Ampang, di sini, minggu lalu.

Mereka adalah Muhammad Shahzuwan Jalal dan Muhammad Firdaus Abdullah, masing-masing berusia 18 tahun serta dua lagi remaja bawah umur membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak.

Mereka memecah masuk bangunan milik Syarikat Badan Pengurusan Galaxy Ampang, jam 3.40 petang, 25 Jun lalu.

Disiarkan pada: July 1, 2015 @ 10:31am
d