mutakhir

Pengedar dicekup

Sungai Siput: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 109.32 gram ketika berada di bawah sebuah jambatan kereta api berhampiran ladang di Salak Baru, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 9 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai menjalankan proses jual beli dadah untuk pasaran di kawasan berkenaan sebelum ditahan polis.

“Suspek dipercayai dari Kampung Berala Kati, Kuala Kangsar sedang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

“Kegiatan suspek dikesan polis yang menerima aduan awam dan menjalankan siasatan di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 110 peket plastik berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 109.32 gram, satu penimbang digital, beg silang dan wang tunai RM50.

Katanya, ujian air kencing mendapati suspek positif morfin dan turut memiliki rekod jenayah lampau.

Disiarkan pada: July 1, 2015 @ 10:53am
d