mutakhir

Simpan gambar wanita kencing

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen dikesan mempunyai hobi jijik iaitu gemar menyimpan puluhan gambar wanita yang sedang kencing di tandas.

Suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan telefon pintar untuk merakam curi gambar mangsa di dalam tandas sebelum dipindahkan ke dalam tablet miliknya.

Tabiat tidak senonoh lelaki itu dipercayai dilakukan sejak beberapa tahun lalu terbongkar selepas salah seorang mangsa menyedari tindakan suspek merakam gambarnya Isnin lalu.

Difahamkan mangsa berusia 20-an berada di dalam tandas di sebuah stesen televisyen di sini.

Sumber berkata, suspek panik dan melarikan diri sejurus mangsa menjerit meminta tolong.

“Polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Tangkapan akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: July 3, 2015 @ 6:51am
d