mutakhir

Mekanik kudung enggan dihina

Oleh Sabaruddin Abd Ghani

Baling: Kehidupan seorang bekas anggota polis bagai jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja kudung kaki kiri, malah hanya menumpang teduh di bangunan buruk yang dijadikan tempat tinggal akibat dihimpit kemiskinan.

Begitu kesukaran hidup dilalui Nordin Hashim, 52, yang kudung kaki kiri selepas dipotong akibat menderita penyakit kencing manis tahap serius.

Lebih menyedihkan apabila bengkel membaiki motosikal yang diusahakannya di simpang tiga Kuala Ketil, di sini, terbakar pada 2011 lalu menyebabkannya hilang sumber rezeki.

Nordin berkata, disebabkan menamatkan perkhidmatan tanpa pencen menyebabkan dia menguatkan semangat dengan menangkis tohmahan dan sindiran pihak tertentu untuk terus hidup.

Menurutnya, dia tiada pilihan kecuali meneruskan kerja membaiki motosikal di bengkel yang pernah terbakar itu bagi menampung pendapatan menyara diri dan isteri keduanya, Zaitun Wahab, 52.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 3, 2015 @ 8:37am
d