mutakhir

2 bos MARA 'rehat'

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur : Dua pegawai kanan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Incorporated Sdn Bhd direhatkan sementara daripada tugas sepanjang siasatan pembelian apartmen Dudley International House di Melbourne, Australia.

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berkata, dua pegawai kanan anak syarikat terbabit iaitu Pengerusinya, Datuk Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Halim A Rahim direhatkan sementara berkuat kuasa serta-merta hingga tempoh siasatan berakhir.

Katanya, keputusan itu tidak bermakna MARA menemui apa-apa salah laku terhadap mereka setakat ini, tetapi bagi menjaga integriti dan membolehkan siasatan dijalankan secara telus.

“Mesyuarat Majlis hari ini membincangkan secara terperinci mengenai isu tatacara perolehan aset dan perundingan sebelum aset itu dimiliki.

“Semua pegawai tertinggi MARA Incorporated Sdn Bhd termasuk pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 3, 2015 @ 8:39am
d