mutakhir

Kikis duit kaki botol

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Berbekalkan bentuk badan menarik dan menggiurkan selain berpenampilan seksi, pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini mampu memperoleh tip sehingga RM100 daripada lelaki hidup belang dengan bergerak atau ‘fly’ dari meja ke meja.

Lebih banyak meja dikunjungi, GRO terbabit akan memperoleh lebih banyak tip.

GRO berkenaan turut melayan pelanggan mereka supaya minum lebih banyak minuman keras dan untuk setiap bakul yang dibuka di setiap meja mereka memperoleh tip RM50.

‘Promosi’ berkenaan dikesan dilakukan sebuah premis pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Bukit Raja, di sini, dalam serbuan Ops Noda kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Ketua Pengawasan D7 IPK Selangor Asisten Superintendan Sobri Baki.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 3, 2015 @ 8:43am
d