mutakhir

Rapid KL tambah gerabak

Penambahan secara berperingkat-peringkat monorel dua gerabak kepada empat gerabak diyakini dapat meningkatkan kapasiti penumpang kepada 26 juta orang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Laluan Monorel Rapid KL Mohd Ariffin Idris berkata, sejak diperkenalkan pada 2003 sebanyak 12 tren monorel dua gerabak digunakan dan awal tahun ini dua tren empat gerabak mula beroperasi.

“Sebelum tren empat gerabak diperkenalkan, kita mempunyai purata 66,594 penumpang sehari dan kini meningkat kepada purata 68,600 penumpang sehari serta optimis mampu mencapai 70,000 penumpang sehari menjelang akhir tahun ini.

“Dengan beroperasinya tren empat gerabak ini, ia akan memudahkan penumpang di waktu puncak iaitu dari jam 7 hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam kerana tren empat gerabak yang baru ini boleh memuatkan hampir sekali ganda penumpang gerabak sedia ada,” katanya.

Disiarkan pada: July 5, 2015 @ 5:15am
d