mutakhir

Amah disyaki didera diselamat

Seorang pembantu rumah warga Indonesia diselamatkan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas disyaki didera majikan di sebuah kondominium di Jalan Tun Ismail, di sini, 1 Julai lalu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30 tahun itu diselamatkan jam 8 malam selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada Kedutaan Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Kedutaan Indonesia dilaporkan menerima panggilan telefon memaklumkan kes penderaan berkenaan.

“Kedutaan membuat laporan polis bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Pemeriksaan dilakukan pegawai penyiasat mendapati terdapat kesan calar dan lebam di badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah merakamkan percakapan pembantu rumah itu dan merujuk mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: July 6, 2015 @ 8:09am
d