mutakhir

CCTV 'berkrim'

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Dua penjenayah bukan sahaja melarikan RM4,000 malah memakan beberapa roti dan kek selepas memecah masuk sebuah kedai kek di Jalan Lobak, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, kedua-dua penjenayah memecah masuk premis menerusi tingkap dekat tandas.

Katanya, sejurus memasuki premis itu, mereka memecahkan sebuah laci menggunakan tukul dan melarikan RM4,000.

“Kejadian itu disedari pemiliknya jam 7 pagi selepas mendapati kedai berselerak. Pemilik yang juga lelaki lingkungan 40-an kemudian melihat semula dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam premis itu,” katanya.

Menurut sumber, berdasarkan CCTV, dua penjenayah memakai penutup muka manakala seorang lagi memakai topi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 7, 2015 @ 8:14am
d