mutakhir

Panggilan subuh hening

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Malang menimpa seorang wanita orang kurang upaya (OKU) apabila dia maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam sembilan meter ketika mahu mandi, kira-kira jam 5.15 pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Pengkalan Piah Serendah, Ketereh itu disedari ahli keluarga mangsa berusia 36 tahun, namun gagal berbuat apa-apa disebabkan kedalaman perigi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa jam 5.25 pagi.

“Sebaik panggilan diterima, lapan anggota kami bergegas ke sana dan mendapati mangsa tertiarap di dalam perigi yang terletak dalam bilik air rumah.

“Perigi itu yang sempit hanya membolehkan seorang anggota turun dan mengikat tali pada badan mangsa bagi memudahkan urusan membawanya naik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 7, 2015 @ 8:31am
d