mutakhir

Maut langgar besi penghadang jalan

Melaka: Seorang lelaki maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Jalan Tun Fatimah, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Anuar Rahmat, 47, dalam perjalanan dari Bulatan Malim Jaya ke Plaza Panda Malim, sebelum terbabit dengan kemalangan.

Jurucakap polis berkata, mangsa berasal dari Solok Bakar Batu, Kampung Kandang, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal motosikal sebelum tergelincir ke bahu jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Polis percaya faktor permukaan jalan licin dan basah selepas hujan antara punca mangsa gagal mengawal motosikal,” katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: July 9, 2015 @ 8:20am
d