mutakhir

Perompak kempunan

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Dua penjenayah bersenjatakan parang dikesan membawa beg plastik sampah ketika merompak sebuah kedai serbaneka di Jalan Kuchai Maju di sini.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi kelmarin, suspek meluru masuk ke dalam premis yang dijaga seorang pekerja wanita.

Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan parang sebelum mengarahkan pekerja berusia 27 tahun itu memasukkan ratusan kotak rokok ke dalam plastik hitam yang diletak di atas kaunter bayaran.

Menurutnya, seorang lagi pekerja lelaki sedang berehat di dalam sebuah bilik di belakang premis.

“Pekerja lelaki warga Nepal terbabit kemudian keluar dari bilik rehat dan terkejut apabila mendapati suspek berada di kaunter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 9, 2015 @ 8:52am
d