mutakhir

'Langkah terbaik'

KEPUTUSAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tidak mengurniakan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun baginda, dianggap langkah terbaik bagi mengelakkan individu tidak layak diberi anugerah berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun beliau tidak pasti sebab utama mengapa tiada pengurniaan anugerah oleh baginda pada sambutan hari keputeraannya 9 September ini.

"Namun begitu, saya rasakan bahawa ia bagi mengelakkan daripada mengurniakan anugerah kepada orang yang tidak layak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan dan lawatan mangsa ribut dan banjir Kuala Teriang di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang, Langkawi hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tidak akan mengurniakan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda pada 9 September hadapan.

Justeru, sambutan ulang tahun itu hanya akan dimulakan dengan titah daripada baginda dan ucapan tahniah daripada Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

Ini adalah kali pertama baginda tidak akan mengurniakan darjah kebesaran pada hari keputeraannya, manakala senarai penerima tahun ini yang sudah disediakan kerajaan lalu akan disemak semula.

Disiarkan pada: July 10, 2015 @ 10:31am
d